Friday 22 April 2016

Pengalaman Temuduga Latihan Separa Perubatan: Juru X-ray


Lama gila tak post kat sini, berhabuk berkarat dah ni. Entry kali ni aku cuma nak kongsikan pengalaman aku temuduga semalam 21/4/2016. Aku dapat lima jawatan pilihan aku iaitu Pen. Peg. perubatan, Pen. Peg. Farmasi, Jurupulih Cara Kerja, Juruteknologi Makmal Perubatan, dan Juru x-ray. Aku dapat surat panggilan ni sebulan sebelum tarikh iv(interview) so aku sempat buat persiapan lebih awal kali ni(dah dua kali pegi tapi tak dapat sebab xda persiapan.

      So mula-mula dapat panggilan aku excited dengan jawatan Pen.Peg.Perubatan(PPP) ataupun MA. Jadi aku hbiskan masa 2 minggu pertama aku study pasal MA. Tapi lepas selidik-selidik dan ambil tahu pasal jawatan lain, tiba-tiba TERminat pulak dengan juruteknologi makmal perubatan(JTMP). So aku habiskan hari-hari seterusnya study pasal JTMP ni lah.

       Sehinggalah akhirnya, 2 hari sebelum IV, hati aku tergerak untuk memilih jawatan Juru X-ray setelah terngiang-ngiang ditelinga aku kata-kata mak aku "Ayah kalau pergi hospital, bila x-ray dia akan cakap dia akan gembira kalau kamu jadi macsm juruxray tu". So aku ubah pilihan saat-saat akhir(sempat ke buat persiapan?). Alhamdulillah berkat bantuan kawan dekat tempat kerja yang tak jemu-jemu jadi Penemuduga Lakonan aku, dan juga bantuan perkongsian dari group whatsap Calon-calon Separa Perubatan(group ni buat sendiri, ada ramai calon yg dapat panggilan join group ni). Aku berjaya buat persiapan saat akhir aku.

        Dengan doa dan iringan doa kawan-kawan serta keluarga, aku pun bertawakkal sebelum tidur malam tu.

Hari Interview.

Aku bangun pagi tu awal sebab aku tak tahu tempat interview tu. Nak pakai waze, data aku slow, waze cannot connect to server katanya. Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur? Kat mana tu..haha.

      Berpandukan pengetahuan aku yg kawasan tu dekat Masjid Negara, Aku berdoa sebelum start motor moga-moga aku sampai tepat sebelum jam 8.  Alhamdulillah, aku tak sesat, aku ikut kata hati aku time bawak motor tu, ada 4 arah tapi hati aku kata masuk lorong ni aku pun masuk. Tak jumpa-jumpa aku ingat dah sesat hinggalah aku jumpa signboard Jalan Cenderasari, Subhanallah(aku kagum dengan kuasa Tawakkaltualallah time tu).

        Sampai pun akhirnya di pusat temuduga, aku isi borang tambahan dan buat semakan dokumen dekat abang yg uruskan calon-calon tu kat situ. Dapat angka giliran, aku nombor 7. Hehe, tak terlalu depan dan tak terlalu ke belakang. Aku gembira dengan angka 7 ni time tu.

        So aku pergi ke tandas dan bercermin, sikat rambut periksa tie aku dan semualah utk pastikan aku dapat markah penuh untuk penampilan aku(hehehe).

      Aku turun dan tengok ada lagi 4 orang sebelum giliran aku, aku belek2 nota aku yg tebal dengan tulisan tangan sendiri(kata Ustaz aku kat sekolah dulu, tulis supaya senang ingat) tiba-tiba brother sebelah sound aku tegur nota aku banyak and puji persiapan aku. Kami pun borak-borak sekejap.

      Lagi sorang giliran aku pulak, aku tutup buku dan tarik nafas tenang setenang tenangnya. Tuppp.. Nombor aku..tiba-tiba adrenalin aku meningkat. Dah sudah nerves aku dah datang menyerang. Aku pun pakai blazer aku dan bangun sambil baca2 sikit dalam hati dengan tangan menadah tanda berdoa. Member tadi ni sound "baca doa apa tu? Doa makan ke? Masuk jelah. Goodluck..hahaha". Cis, orang nerves lagi sempat gurau. Tapi oklah, dapat alihkan tumpuan aku dari perasaan nerves tadi.(korang yang baca ni pun mesti dapat rasa sekrang kan perasaan nerves aku tu? haha..aku dah jampi korang :P kidding)

Ketuk pintu,Buka pintu tapi xmasuk(senyum2),dia sruh masuk..pastu Masuk bilik penemuduga. Bagi sijil, pastu tunggu dia sruh duduk lalu aq pun duduk. (terima kasih tu penting okay)

Dalam tu ada 2 org sorang lelaki n sorang perempuan. Aku duduk perhati dorang semak2 dokumen, pastu lelaki tu tanya.

(converasation aku ni aku bercakap dalam bahasa Melayu baku sebab bila aku cakap KL nanti orang dengar macam bunyi orang indonesia pulak.hehe)

L:Nama?

Aq: Mohamad Man(bukan nama sebenar) , encik boleh panggil saya Man.

L: Ouh, kacak kamu ya

Aq: (Senyum2), terima kasih encik. (maybe sebab aku pakai satu set pakaian dengan blazer dan rambut yg baru. Hehe)

L: Baiklah, apa niat kamu datang ni?

Aq: Saya datang hari ni dengan persiapan dan harapan untuk menjalankan(tergagap) menjalani temuduga hari ni dengan baik dan lulus untuk jadi calon latihan separa perubatan dalam bidang juruxray encik.

L: Oh, so minat juruxray lah?

Aq: Ya encik.

L: Baiklah, apa yg kamu tahu tentang juruxray?

Aq: Juruxray ni bertanggungjawab dalam tanggungjawab klinikal(ayat tunggang langgang) ,dan juga organisasi klinikal di makmal xray(aq pun fkir apa aku merepek ni?), membantu dalam latihan pelatih xray yg baru, mendiagnosis pesakit dan membeti rawatan pengionan.

L: Wah, memang bersedia ni. Bagus.

Aq: Ya encik, saya sempat membuat persiapan sedikit.(senyum2 pksa)

L: Ok bagus, utk jadi juruxray ni kamu kenalah jadi seorang yg aktif. So boleh bagitau apa kegiatan kokurikulum kamu disekolah?

Aq: Ya encik, dari sekolah rendh hingga sekolah menengah, saya merupakan pelajar yang sangat aktif dalam aktiviti sukan dan kokurikulum, saya merupakan ahli kadet polis, dan saya mewakili sekolah dalam pelbagai acara akademik dan sukan termasuklah tilawah al-quran, pertandingan mereka cipta peringkat negeri sabah, bola sepak, olahraga dan banyak lagi. Saya juga berjaya mendapatkan beberapa pingat utk sekolah saya.

L: Nampaknya kamu memang aktif ya?

Aq: Ya encik ..(senyum2)

L: Sijil-sijil kamu tu ada dalam sini?(sambil dia pegang folder file aku)

Aq: Ada encik..(senyum)

L: Baiklah, saya serahkan kepada awak ya Joanne(bukan nama sebenar)

P: I see in ur birth certificate, u were born in perak, but ur mother n father from tawau. Can u explain this?

Aq: I was born in hospital Taiping, Perak bcause my dad was an army in 6ramd in taiping perak. And then my fmily move to tawau after my dad get posted to kem 7ramd in tawau.(rip english tapi dengan yakin dan lancar serta jelas)

P: But why ur dad in taiping?

Aq: (eisyh tak faham lagi ni) Because when my dad get recruited into army, he trained there and placed to nearby camp that is in taiping.

P: Oh I see. Okay, ur mother is Bajau, ur Father is malay. Can u tell us different between bajau n malay.

Aq: Actually there is not much different unless lifestyle which bajau people built house and live nearby the sea or in island and some other differences is ofcourse  traditional food and way of living which bajau people usually fishing and planting for food.

P: How u introduce yourself in bajau?

Aq; On ku Mohamad Man, umul ku dua puk ka tullu. "Onku" means My name, "Umul ku" means my age  and "dua puk ka tullu" means twenty three.

P: Good, how do u say eat in bajau?

Aq: Mangan(senyum2)

P: Do you know what is "kkjdekjdhddhd'(entah apa benda dia sebut tu aku dah lupa)

Aq: Im sorry, what?

P: "jksksjegg" (dia ulang kali ni lebih jelas dan perlahan)

Aq: Im sorry madam I dont know(aku xfham apa dia cakap, maybe dia cakap bahasa bajau area Kota Belud

P: Okay nevermind, Your job right now with salary RM#### right? Can u tell us ur working hours?

Aq: I am working from 10 am to 9 pm

P: Wow(dia besarkan mata) Okay, can u tell us differences between xray and ultrasound.?

Aq: Xray is used to scan and see at human organs or bones while ultrasound  usually used to scan baby in in in (gagap)

P: Okay so ultrasound is used to scan baby only?

Aq: No, ultrasound also used to scan kidney.

P: Okay, bagus. Bole kamu jelaskan macam mana xray berfungsi, dan apa perbezaan dgn cara fungsi ultrasound?(dia cakap melayu, ermm ada kah english aku teruk? atau adakah dia berpuas hati menguji english aku?)

Aq: (mampus la aku..dalam hati lalu aq pun try goreng) Xray menggunakan sinaran ion x utk mendapatkan imej, manakala ultrasound menggunakan bunyi yg dtransferkan jadi data lalu ditukarkan menjadi imej pada skrin komputer(jawapan antam saja sebab aku xstudy pasal cara2 benda2 ni berfungsi)

P: Macam mana tu? Dari bunyi terus pg komputer..? haha..

Aq: Maksud saya data tersebut puan. Maaf jika saya tersilap.

P: Tak apa, ultrasound menggunakan gelombang bunyi ye. Ok, bunyi ni, kita boleh dengar x?

Aq: (blur tapi dengan yakin) Tak boleh puan.

P:Kalau cam tu apa bintang yg boleh dengar bunyi tu?

Aq: Kelawar puan( dengan yakin padahal tak tau)

L: Hebat kelawarkan.

Aq: Ya encik.(senyum)

L: Kamu merokok ke tadi sebab saya dapat hidu bau rokok ni.

Aq: Tidak encik, mungkin bau rokok melekat sebab saya selalu letak rokok di dalam beg saya.

L: Sejujurnya kamu merokok atau tidak? Saya tau sebab bibir kamu bengkak sedikit.

Aq: Ya saya merokok tapi saya tidak merokok pagi ni  dan saya buknlah perokok tegar.

L: Tidak apa, yang penting kamu tahu kan di mana kawasan2 yang tidak boleh menghisap rokok?

Aq: Tahu tuan, di premis2 kkm dan kawasan larangan merokok yg lain.(lelaki tu pun angguk-angguk, aku tengok perempuan tu pula macam tak sabar nak kerjakan aku dengan soalan dia)

P: Man, kamu ni sikit2 goyang2 nerves ya?

Aq: Hehe saya sedikit nerves puan.

P: Macam mana ni nak jadi juruxray? Nanti isi borang xhabis dh pgil pesakit sbb nerves sgat.

Aq: Inshaallah x puan, saya sudah biasa berhadapan dengan pelanggan.

P: Oh ya sebab kamu dari bidang sales kan.

Aq: Ya puan.

P: Baiklah man, selamat maju jaya moga kamu  berjaya.

      Aku pun beridiri di depan penemuduga perempuan lalu senyum menundukkan kepala aku, aku ambil file aku dan bersalaman dengan yg lelaki tu. Aku ucap terima kasih dan berlalu pergi(macam lagu syamil).

Aku yang rasa macam lepas dari azab tu pun keluar dari bilik penemuduga dan menjerit merdeka! merdeka! merdeka! sebanyak tujuh kali. (gurau ja). Aku keluar dan senyum dengan kawan-kawan yang aku baru kenal tadi.

So sekarang aku menghabiskan masa menunggu keputusan. Doakan saya layak menjadi Juru X-Ray kelak kawan-kawan! Syukur alhamdulillah.

Ni gambar aku dengan tie dan blazer aku  rambut xpotong lagi time ni dan seluar hitam aku tak siap lagi.


Result: Tak berjaya 😣😭😭😭
Update: Lepas hampir 4 bulan di KSKBJB barulah aku tau kenapa kena reject time ni. Punca dia rokok. Lecturer aq sendiri cakap dorang tak mahu pelatih yang merokok. So kalau interview tu jangan jujur sangat..xsuruh tipu tp jangan merokok la..xbaik. Sekian terima kasih...

2 comments: